Wednesday, November 20, 2013

Craft - Quiling (Seni Kertas)

Ok.. Hari ni LM nak citer pasal hobi yang pernah menjadi kegilaan LM suatu ketika dahulu.. cewahhh, macam dah berpuluh tahun tak buat quiling...

LM ni sebenarnya suka benda yang cantik.. biasala, dah nama pon perempuan kan.. memang dilahirkan dengan perasaan suka pada benda-benda yang cantik.. LM ni pulak jenis yang hangat-hangat taik ayam ke eh, boleh dikatakan begitu la.. tapi hangat-hangat taik ayam LM ni lain tau, LM dah berjaya buat baru la jadi kurang bersemangat hehe..

Bak kata orang suka sahut cabaran, tapi bila dah selalu buat benda tu.. dah tak rasa mencabar... Jadi minat mula berubah arah... LM juga suka buat felt craft, card craft, pop-up craft... Kesimpulannya LM memang suka buat craft la hehe... Bila LM tengok ada craft yang cantik-cantik.. LM selalu terfikir "eh, kan best kalau aku boleh buat macam ni.. eh macam senang je, nak try buat la"... dan keputusannya memang selalu menjadi.. kalau tak menjadi pon LM akan cuba juga sampai jadi jugak.. usaha tangga kejayaan kan hehe..



Haa.. yang ni la antara hasil quiling LM masa mula-mula LM buat... mula-mula cuba atas kertas kosong A4 je dlu.. lepastu baru la pergi beli kertas keras untuk kad hehe.. tak berapa cantik kan.. biasala percubaan pertama...



Cantik kan hehe (angkat bakul sendiri pulak)... yang ni LM buat untuk hadiahkan dekat kawan LM... yang frame bunga-bunga tu dekat lapisan kad bahagian luar.. nama kawan LM pulak LM letak kat bahagian dalam kad.. kad ala-ala 3D gitu hehe... Ok, kad ni memang menguji kesabaran yer... sebabnya yang bahagian nama tu teramatlah susah sebab kena potong kecik-kecik dan susun satu-satu... kadang-kadang bila dah letak gam cantik-cantik.. tetibe je rasa macam nak siap dah, mood tengah happy tengok-tengok tercabut.. rasa nak koyak-koyak je kad tu.. gerammmm... hehe, jadi kesimpulan disini LM memang penyabar la sebab mampu bertahan haha... 


yang ini envelope untuk kad tadi yer.. LM buat ala-ala briefcase gitu hehe..


yang ini pulak penanda buku.. kertas lebihan dari kad harijadi kawan LM tadi.. LM buatkan dalam berapa belas eh penanda buku.. tak ingat la pulak hehe.. LM buat banyak-banyak dan hadiahkan kat roomate LM dan rakan-rakan sekelas LM... tapi roomate LM dia tak guna pulak.. dia kata sayang.. dia lekat je kat board dia hehe... bangga I tau hehe

Sebenarnya banyakkkkk lagi hasil quiling yang LM buat.. yang lebih complicated dari ni pon ada tau.. tapi terlupa nak snap gambar.. huhu, rugi-rugi.. dah bagi kat orang dah pon... LM ni jenis buat lepastu suka hadiahkan kat orang... bila orang tu happy, LM pon happy jugak hehe... tapi tula, duit habis dok beli perkakas craft je.. pastu kje nak hadiahkan kat orang, padahal bukan birthday diorang pon..sampai mak pon potpet membazir la apa la.. ntah apa-apa la LM ni hehe.. 

Cincin Kahwin Lelaki

Hehe.. tetibe je buat topik camni... Ok, saya belum nak kawen k.. Saja gatai hehe..

Dok syok baca blog B2B terbaca la pulak tentang kesusahan dan kepayahan nak mencari cincin kahwin untuk si suami...

Sebenarnya tak susah pon kalau jenis yang tak kesah dan nak yang biasa-biasa je... Tapi biasala, dah nama pon cincin kahwin kan.. mestila kena jadi istimewa.. kalau boleh nak yang 'rare' unik la katakan, baru lain dari yang lain...

Biasanya orang akan kata cincin si suami murah kan.. sebabnya diorang tak tak boleh pakai emas macam perempuan... Pandangan sebegitu silap sama sekali... Haaaa silap kenapa? Sebab bukan emas je yang mahal kat dunia nih... de lagi yang mahal...

Jenis platinum mahal kot.. selalu cincin lelaki la guna platinum.. ribu raban yer harganya hehe... antara bahan-bahan lain yang biasa digunakan untuk cincin lelaki ialah titanium, suasa, perak , dan suasa putih...

Ada sesetengah pendapat kata suasa boleh dipakai lelaki sebab kandungan emas dalam suasa amatlah sedikit... Sebab masa zaman Rasulullah, baginda melarang (haram) lelaki memakai emas sebab tidak boleh berbangga serta menunjuk-nunjuk kekayaan... Rasulullah takut mereka akan jadi bongkak dengan kekayaan...

Tapi kalau tak mahu was-was.. sila la elakkan suasa yer...

Antara pilihan pengantin bajet... Bajet disini bermaksud golongan sederhana ok.. Mungkin diorang dah bajet cincin lelaki dalam RM 500 dan ke bawah camtu.. yang paling sesuai adalah cincin silver.. murah tak bermakna tak cantik yer.. LM tengok cantik je silver, yang paling penting design dia.. \

Kalau design cantik, sudah tentulah cincin pon cantik mantik gitu... Cincin silver tak akan berkarat (yang berkualiti- selalu silver 925), dan jangan risau kalau warna dia dah kusam selepas beberapa tahun.. boleh je pergi cuci kat kedai mana-mana yang jual aksesori silver.. terus nampak cam baru balik... bling-bling gitu hehe...


Yang ni cantik dan unik kan.. siap dengan ukiran tulisan khat jawi lagi.. suke.. suke.. suke hehe.. yang ni sepasang ok.. materialnya silver untuk cincin lelaki.. untuk cincin perempuan emas putih



Yang ni nampak eklusif kan.. cantikkkk.. 

Ni la link website yang korang boleh customized sendiri cincin korang.. boleh design sendiri, nak material apa.. batu ape... baru la special kan hehe... http://anggunklasik.com/

Irma hasmie dan redza pon tempah kat sini tau.. kedai ni kat shah alam kalau tak silap.. 


Masjid Hadhari a.k.a Masjid Jerteh


Masjid Hadhari Jerteh Besut, Terengganu merupakan masjid yang terletak di pinggir Bandar Jerteh, sebuah bandar yang menjadi Pusat Ekonomi bukan sahaja untuk rakyat Besut malah juga rakyat Kelantan kerana kedudukan Bandar Jerteh yang bersempadan dengan Kelantan.




Masjid ini dilengkapi dengan kemudahan Makmal Komputer, Gerai Makan dan juga Kemudahan Wi-Fi secara percuma turut tersedia di dalam Masjid ini. Tambah menarik lagi, lokasi masjid ini yang bersebelahan dengan sungai juga menjadikan satu daya penarik dan ikon baru Bandar Jerteh (Kawasan Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Idris Jusoh.


Saturday, November 16, 2013

Terengganu Equestrian Resort (TER)

TER Terengganu Fquestrian Resort...... di sekitar tidak terdapat banyak tempat bermain bowling. Jadi kami berkunjung ke TER dimana terdapat tempat bermain bowling yang selesa dan berpatutan bagi kami menghabiskan masa terluang.


Terdapat kolam yang agak besar dan cantik berdekatan dengan tempat bermain bowling itu yang amat sesuai untuk dijadikan tempat beriadah dengan ahli keluarga dan juga rakan-rakan.
Tempat amat lengkap sehinggakan ia bukan mempunyai padang untuk kuda bagi keguanaan equestrian, resort dan tempat bermain bowling malahan ia juga mempunyai gelangang untuk bermain badminton.

Inilah tempat unutk kegunaan equestraian ia menjadi tumpuan bagi sesiapa yang berminta terhadap sukan ini dan juga bagi pencinta kuda.


Inilah tempat bermain bowling yang amat selesa kerana ia dilengkapi dengan sofa bagi tempat menunggu. Manakala berdekatan dengan tempat bermain bowling juga terdapat sebuah kedai yang menjual makanan ringan yang memudahkan kami unutk mendapatkan makanan ringan.






Friday, November 15, 2013

Resepi Jus Carrot

Assalammuaikum..

Hari ini dengan sopannya LM memberi salam dulu sebelum berbicara yer hehe...

Ok.. sekarang LM tengah gila dengan jus carrot...

kenapa... mengapa dan pasaipa...

sebab sedap la hehe.. dan yang paling penting.. jus yang sangat menyihatkan...

tak semestinya semua sayur tak sedap ok.. percayalah, LM pon bukan peminat sayur... tambah-tambah lagi sayur hijau..

dalam seminggu ni dah 5 hari minum... rasanya... fuiyooo marvellous... sedap kotttt... kalah jus kat restoran tau muahahaha... pasan tol aku nih...

resepinya tersangatlah mudah yer kawan-kawan...









Bahan-bahan yang diperlukan:-

Lobak merah (Carrot)

Susu segar atau susu pekat manis (f&n)

Gula (jika gunakan susu pekat manis tidak perlu tambah gula pon xpe)


Cara-caranya :

Kupas kulit sebiji carrot tu elok-elok dan basuh.. kalau ikut islam, selawat 3x lagi bagus...

Potong dadu carrot tu.. saiz, ikut suka korang la, kalau nak bagi blender jadi halus cepat, potong kecik.. kalau malas potong besar cikit, tapi nak blender tu amek masa lama cikit la yer...

ada banyak cara sebenarnya :-

1. masukkan carrot dan sedikit setengah cawan air kosong (air masak) dan tambah gula 1 1/2 camca teh atau 2 sudu.. ikut suka anda la yer... kurang manis lagi bagus.. pastu dah blender halus, tapis kan je.. pastu korang akan dapat lebih kurang setengah cawan la yer.. tambah je susu segar sampai jadi ckup secawan.. kacau-kacau dan siap...

2. masukkan carrot dan air kosong sahaja atau dengan gula... kalau tanpa gula lagi sihat.. blender dan tapis... settle... tapi yang ni tak berkrim la yer macam yang kat atas...

3. masukkan carrot dan secawan susu segar... blender halus dan tapis.. nak minum terus pon boleh.. kalau rasa tak manis, boleh tambah susu pekat manis ikut selera anda yer...

4. masukkan carrot dan air kosong dan 2-3 sudu susu pekat manis... ikut selera anda la yer, kalau takut terlalu manis.. bubuh je 2 sudu.. pastu kalau tak manis boleh je masukkan lagi lepas dah tapis nanti... tak ada masalah... boleh adjust hehe...

jeng jeng.. inilah hasilnya...



pilih je salah satu cara diatas... ikut jenis mana yang korang minat la yer..

opppsss, lupa la pulak... untuk 'carrot pulp' atau saki baki lobak merah yang ditapis tu korang jangan buang.. boleh je korang guna untuk buat mask atau buat skrub kat tangan dan seluruh anggota badan korang.. jagan membazir yer... gunakan sehabis baiknya hehe... jangan risau kalau ada kesan susu dan gula sebab semua tu tak bagi kesan buruk pon kat kulit kita.. malah gula yang kita dok guna tu boleh je nak buat skrub muka kita, tak payah beli mahal-mahal eh skrub hehe...

sekian saja... tata.. titi.. tutu...


Jodoh yang Tak diduga

Agak drama kan tajuk tuh.. muahahaha... memang cerita yang akan LM ceritakan ni agak drama cikit hehe.. ala-ala cerita dalam drama la yer.. tapi tak delah over sangat macam drama tuh.. tak logik kekadang tu... tapi yang tak logik tula yang kita dok syok tengok tuh.. rating naik mendadak hehe...

Kisah ini kisah benar yer... baru-baru ni LM ada ternampak dalam fb.. oppsss terkejut.. mai aiiiii.... cepatnya budak ni dapat pengganti.. teman LM ni perempuan yer, nama tidak boleh didedahkan... bak kata dato siti, "biarlah rahsia" hehe...

Sebelum ni LM ada terlihat dekat wall dia yang ayat dia menunjukkan kekasihnya telah curang dengan kawannya sendiri... kawan yang mana, LM pon tak tahula yer.. tapi kejadian tu berlaku masa kami tengah menjalani latihan industri lagi... mungkin kawan yang baru dia jumpa dekat tempat latihan industri kot.. mungkin la, ntahla... dia dan kekasihnya tu memang semuanya buat sekali, assignment buat sekali.. study pon sama-sama.. semua la... memang dok berkepit je dalam kelas pon...sampaikan lecturer semua pon dah tahu... baju pon sentiasa sama.... dasyat kot diorang leh maintain baju sama bertahun-tahun.. kadang-kadang je yang tak sama hehe... sehati sejiwa katakan hehe...

Ok, memang tak dinafikan LM memang terkejut beruk la bila tengok dia buat status macam tu.. mestila kan.. dua-dua teman LM... kami semua dah budget memang diorang akan kahwin... nampaknya kami tersilap hehe..

Tapi semalam, LM terkejut lagi.. ada orang propose dia kat dalam fb dia... fuhhh romantik kot, dgn ayt jiwang dia haha... 



dengar kata dia dah bertunang 2 ke 3 hari lepas....

apa yang LM cuba katakan ni ialah jangan tengok seorang je...LM tak bermaksud suruh korang curang ke pe ke yer, tolong jangan salah faham... maksdu LM, kumbang bukan seekor dan bunga bukan sekuntum.. hilang yang di depan mata mungkin di belakang kita selama ni dah menunggu.. cuma kita je yang tak perasn sebab kita tak pernah berpaling belakang....

Macam kawan LM, dia dah bercinta lama pon tak de jodoh dengan ex-bf dia... dengan yang ni sekejap je bercinta terus bertunang dan akan nikah tak lama lagi... dia dapat tau ex-bf dia curang bulan 7.. pastu sekarang dah bulan 11... haaaa cepat tak.. 4 bulan je hehe... dengar kata dia mula bercinta bulan 9...

janganla pasang 2 pulak yer.. andaikata la ada masalah dalam perhubungan itu, putuskan secara elok.. bila dah putus cuba buka mata luas-luas, mungkin jodoh anda dah de depan mata hehe... ini dari pengalaman LM sendiri la yer hehe... syhhhhhh rahsia =) .... jangan pulak lepas putus terus dah tak percaya dengan cinta... ya, kecewa itu memang biasa tapi jangan biarkan sampai terlalu lama... rawat la yer.. rawat dengan masa... insyaAllah berjaya... ada hikmah disebalik semuanya...



tapi kalau tak mau bercinta lagi bagus, boleh elak maksiat... suruh je mak ayah kita cari.. lebih berkat... tak semestinya jodoh yang mak ayah cari itu buruk... mungkin tak hensem tapi baik.. mak ayah kita mesti akan pilih yang terbaik untuk anak dia.. takkan dia nak tengok anak dia menderita kan... jadi tawakkal je dengan pilihan mereka.. insyaAllah anda bahagia....

Tapi korang jangan risau la.. Allah memang jadikan kita berpasangan.. cuma masa je yang membezakan... sesetengah orang jumpa jodoh awal.. sestengah pulak lambat... jadi terus menunggu dengan sabar... ada ganjarannya.. jangan putus asa....

Kalau boleh jangan la bercinta lama-lama.. selalu yang lama-lama tula yang makin lama makin banyak masalah... kalau dah yakin.. kalau dah berkenan.. kalau dah ada duit.. kalau dah sedia nak pegang tanggungjawab... kalau dah ada semua yang disebut, kahwin la cepat-cepat... jangan tangguhkan benda yang baik....


Thursday, November 14, 2013

Muzium Negeri Terengganu a.k.a Istana waktu zaman dahulu


Muzium Negeri Terengganu telah ditubuhkan pada tahun 1976 di bawah Enakmen Bil. 9 Tahun 1976. Penubuhan ini telah diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri pada 28 Disember 1976 dan mula berkuatkuasa pada 1 November 1977.

Dari segi rentetan sejarahnya, hasrat dan cita-cita untuk menubuhkan Muzium Negeri ini tercetus sejak awal tahun 1920 an lagi natijah daripada peristiwa perjumpaan Batu Bersurat Terengganu di Kampung Buloh, Hulu Terengganu oleh Syed Hussein Ghulam Al Bukhari pada tahun 1902. Peristiwa penemuan Batu Bersurat yang bersejarah ini telah melahirkan rasa kegembiraan dan rasa kesyukuran seluruh rakyat Negeri Terengganu pada waktu itu. Namun, masalah timbul kerana ketiadaan tempat untuk menyimpan batu bersejarah ini. Keadaan ini telah mencabar dan menyedarkan pimpinan negeri itu betapa pentingnya negeri ini mempunyai Muzium sendiri.



Ekoran daripada itu, Al-Marhum Duli Yang Maha Mulia Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah tiada pilihan selain memperkenankan Batu Bersurat itu dibawa ke Singapura untuk disimpan dan dipamerkan di Muzium Gambar Raffles pada tahun 1923. Menteri Besar Terengganu pada masa itu Dato’ Haji Ngah Mohd Bin Yusof telah bersetuju dengan surat jawapan daripada Penasihat British yang berbunyi :

" Maka apakala diadakan Muzium di dalam Terengganu kelak ataupun tempat lain yang munasabah bolehlah kerajaan mengambil balik pula pada bila-bila masa yang dikehendaki adanya "



Berikutan itu, kesedaran serta semangat untuk menpunyai Muzium sendiri semakin memuncak. Pada tahun 1955, Y.A.B. Dato’ Menteri Besar, Dato’ Haji Kamaruddin Bin Haji Idris ( Menteri Besar Terengganu ketika itu ), telah menubuhkan satu jawatankuasa serta membayangkan hasrat untuk mewujudkan Muzium di Negeri Terengganu. Jawatankuasa ini telah dianggotai oleh Y.B.M. Engku Pengiran Anom, Haji Mohd Salleh Bin Haji Awang, Cikgu Muhamad Akil Bin Atan serta Haji Wan Endut Bin Othman. Peranan utama jawatankuasa ini ialah untuk mengumpul dan memperolehi barang-barang lama dan bersejarah. Namun begitu, perjalananan jawatankuasa ini terbantut kerana masalah kewangan dan peruntukan undang-undang.

Kesinambungan daripada itu, pada 14 januari 1960, Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Terengganu, Dato’ Andika Indera, Encik Ishak Bin Mohd Isa telah membuat satu perjumpaan dan hasilnya, satu persetujuan dicapai sebulat suara untuk menubuhkan satu jawatankuasa yang dikenali dengan nama Jawatankuasa Barang Lama dan Sejarah Peringkat Negeri. Jawatankuasa ini dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri, manakala Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Haji Mohd Saleh Bin Haji Awang ) berperanan sebagai Setiausaha. Serentak dengan itu, satu peruntukan telah diwujudkan di bawah kelolaan Jabatan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk membeli barang dan koleksi warisan sejarah serta budaya negeri Terengganu. Kerja-kerja pengumpulan barang dan koleksi mula digiatkan mulai Julai 1960 dan ianya telah ditempatkan di dalam almari di satu sudut khas Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu, Jalan Cherung Lanjut, Kuala Terengganu.Perkembangan yang positif ini telah mengorak langkah yang lebih luas lagi dan hasrat untuk mempunyai Muzium sendiri semakin mendapat perhatian dan sokongan Kerajaan Negeri . Pada 3 Febuari 1974, sebuah jawatankuasa untuk menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan penubuhan Muzium Negeri telah dibentuk. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Y.B. Dato’ Wira Jaya, Dato’ Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu pada waktu itu. Dengan pembentukan jawatankuasa ini, hasrat untuk menubuhkan Muzium Negeri mula menampakkan bibit-bibit kejayaan khususnya apabila termaktubnya Enakmen Lembaga Muzium Negeri Terengganu ( Enakmen Bil 9/ 1976 ).

Pentadbiran Muzium Negeri terletak di bawah kuasa Bahagian Pentadbiran, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Pada tahun 1979, kerja-kerja pengumpulan dan perolehan barang-barang lama dan bersejarah diteruskan dengan lebih giat. Operasi dan fungsi muzium terus diperluaskan. Pada waktu itu, dua orang tokoh yang memainkan peranan yang penting di dalam mengemudikan perkembangan dan kemajuan Muzium Negeri ialah Allahyarham Dato’ Setia Jasa ( Dato’ Hj. Mohd Saleh Bin Awang ) dan Tuan Haji Othman Bin Haji Ali. Kerja-kerja penyelidikan, galicari dan pemuliharaan bangunan lama yang bersejarah telahpun dimulakan.



Era tahun 1980 an telah meningkatkan lagi perkembangan Muzium Negeri. Pada tahun 1981, seorang kurator telah dilantik untuk menerajui Muzium Negeri. Manakala menjelang tahun 1985, jawatan ini telah ditingkatkan kepada jawatan Pengarah.